Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bergambar pada Majlis Makan Berdudun Persatuan Jati Lawas Bintulu

Lihat potensi ekonomi di utara Sarawak

ByMahathir Haroun

BINTULU, 15 Mei: Anak jati Lawas di Bintulu perlu melihat potensi ekonomi yang wujud di kawasan utara Sarawak secara lebih serius.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berakata, ilmu, pengalaman dan rangkaian yang dimiliki boleh membantu merangka lebih banyak pembangunan.

“Sama ada dalam bentuk pelaburan, keusahawanan, perniagaan atau inisiatif sosial, sumbangan anda sudah tentu amat besar ertinya.

“Sebagai bandar perindustrian, banyak perkhidmatan yang boleh ditawarkan di sini (Bintulu) terutama dalam bidang minyak, gas dan pembuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Berdudun Persatuan Jati Lawas Bintulu pada Rabu.

Awang Tengah yang juga Menteri PerdaganganAntarabangsa, Industri dan Pelaburan menjelaskan, Kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk memastikan pembangunan seimbang dan inklusif di semua wilayah.

“Tahun ini, kita memperuntukkan bajet pembangunan terbesar dalam sejarah iaitu RM15.8 bilion.

“Ia bukan angka semata-mata tetapi cerminan komitmen kita untuk mempercepatkan kemajuan wilayah ini,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menggesa generasi muda Lawas supaya mendalami ekonomi digital yang merupakan pemacu mada hadapan.

“Gunakan media sosial, aplikasi e-dagang dan teknologi moden untuk memperluaskan perniagaan. Jangan hanya menjadi pengguna, kita mesti menjadi pencipta dan pemimin dalam ekonomi baharu ini,” jelasnya.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan