Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hamzah Ahmad bercakap dalam satu sidang media di Pulau Pinang. Foto fail TVS.

Kerani rugi RM465,200 ditipu pelaburan dalam talian

ByTVS

GEORGE TOWN, 15 Mei: Seorang kerani sebuah syarikat swasta berputih mata apabila wangnya sebanyak RM465,200 lesap dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian semalam.

Mangsa, wanita berusia 47 tahun itu dikatakan mula terjerat dalam sindiket tersebut selepas melihat satu iklan berkonsepkan jual beli saham di Facebook pada awal Mac lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, mangsa mendakwa telah berhubung dengan seorang suspek wanita untuk bertanyakan mengenai pelaburan itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, dia telah dijanjikan pulangan keuntungan sehingga 60 peratus daripada wang modal yang dilaburkan dalam tempoh singkat.

“Mangsa yang berminat melabur telah diminta memuat turun aplikasi bernama KLSEC untuk mendaftar sebagai ahli dan memulakan pelaburan.

“Dia membuat 14 transaksi pemindahan wang ke dalam tiga akaun berbeza berjumlah RM465,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Hamzah, wanita itu mula menyedari dia telah menjadi mangsa penipuan apabila tidak dapat mengeluarkan wang keuntungan yang tertera menerusi aplikasi itu.

Katanya, mangsa sebaliknya diminta menambah wang modal sekiranya ingin mengeluarkan keuntungan berkenaan.

Ujar beliau, wanita itu telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan