Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anthony hadir Majlis Pelancaran PROTON X change di Subang Jaya di sini hari ini. Foto, Hafeezur Muzamir (TVS).

Kerajaan galak syarikat pengeluar kenderaan guna rel bagi penghantaran

ByHafeezzur Muzamir

SUBANG JAYA, 15 Mei:  Kerajaan merancang untuk mengurangkan penggunaan trak dalam pengangkutan kenderaan dengan menggalakkan penggunaan sistem rel, bagi menangani isu kesesakan dan kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata,  penggunaan rel boleh menggantikan kaedah sedia ada selain lebih efisien dan mesra alam.

“Kita biasa lihat di jalan raya, sebuah trak membawa enam buah kenderaan. Jadi bagi saya, penggunaan trak ini boleh digantikan dengan penggunaan rel antara negeri.

“Misalnya, kalau kenderaan itu dihantar ke Sabah dan Sarawak, kita mahu Pelabuhan Kuantan dijadikan hab untuk mengumpulkan kesemua kenderaan itu dan dihantar ke sana menggunakan gerabak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) apabila ia siap kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran PROTON X Change di Kompleks Pusat Kecemerlangan PROTON di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Anthony berkata, kerajaan juga sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan seperti PROTON untuk membina laluan rel khas (‘spur line’) dari laluan utama ke kilang mereka di Tanjung Malim namun bergantung kepada komitmen industri.

“Kita (kerajaan) tidak mahu lakukan pelaburan sekiranya tiada pihak yang menggunakannya.

“Hal ini kerana, kita menampung perbelanjaan untuk membina ‘spur line’,” katanya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan