Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ditemui pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kolej i-CATS dan Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO). Foto TVS

i-CATS, NAICO bakal materai MoU aeroangkasa di LIMA 2025

KUCHING, 15 Mei: Kerajaan Sarawak menerusi Universiti Kolej i-CATS (I-CATS) akan mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem aeroangkasa global dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO) di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 pada 20 Mei ini.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Dato Sri Roland Saga Wee Inn berkata, kolaboratif strategik antara I-CATS dan NAICO ini adalah selaras dengan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) 2030, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 Sarawak serta Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak (SDE) 2030 yang memacu pelaksanaan inisiatif serta kerjasama strategik kerajaan pusat dan negeri ini dalam memperkasakan segmen industri aeroangkasa.

Menurutnya, MoU itu penting dalam usaha Kerajaan Sarawak untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam industri aeroangkasa ini, selain menarik minat lebih banyak pelabur pemain aeroangkasa ke Malaysia dan Sarawak, khususnya.

“Menjelang tahun 2035, kita berhasrat untuk memiliki kumpulan profesional serta tenaga kerja aeroangkasa generasi baharu yang mencukupi dan ini termasuklah jurutera aeroangkasa, pakar avionik dan pakar teknologi satelit bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di Sarawak.

“Pada masa yang sama, langkah ini akan turut mengukuhkan sumbangan wilayah ini kepada aspirasi aeroangkasa Malaysia serta komuniti aeroangkasa dan angkasa lepas ASEAN yang sedang pesat membangun serta berkembang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Kolej I-CATS dan Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO) di Kuching pada Khamis.

Untuk rekod, industri aeroangkasa dijangka menjana perolehan melebihi USD1.4 trilion atau RM6.58 trilion di peringkat global menjelang tahun 2030, dan MAIB menyasarkan pendapatan sebanyak RM55.2 bilion dengan menyediakan lebih 32,000 pekerjaan berpendapatan tinggi.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Kolej i-CATS, Profesor Emeritus Datuk Ts Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa i-CATS, Professor Ir Dr Suhaimi Mansor.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan