Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto FAM (Facebook)

Harimau Malaya jalani tiga fasa persiapan unik menjelang aksi menentang Vietnam

ByBernama

PETALING JAYA, 15 Mei: Ketua jurulatih skuad kebangsaan Peter Cklamovski mengambil pendekatan berbeza dengan memanggil 38 pemain ke kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi perlawanan kedua Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada Jun ini.

Cklamovski berkata kem latihan itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa berbeza, masing-masing disusun dengan objektif tertentu, yang disifatkannya sebagai satu struktur unik namun perlu, berdasarkan situasi semasa pemain dan jadual bola sepak tempatan.

Pengendali berusia 46 tahun dari Australia itu berkata fasa pertama dan kedua akan membabitkan pemain yang melaporkan diri selepas cuti pramusim selama empat minggu, disokong dengan program khas yang dikendalikan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan Dr Craig Duncan.

Beliau berkata senarai pemain akan dikecilkan secara berperingkat mengikut fasa, dengan pemain yang beraksi di luar negara dijangka menyertai kem pada awal Jun, dan hanya mereka yang menunjukkan prestasi terbaik akan terpilih menyarung jersi skuad kebangsaan menentang Vietnam.

“Jadi, pemain tahu dari fasa pertama ke fasa kedua sehingga ke fasa terakhir, mereka perlu beraksi dengan baik untuk terpilih ke fasa akhir,” katanya pada sidang media pengumuman senarai pemain Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Berdasarkan senarai pemain yang dipanggil, Cklamovski mengekalkan 25 pemain daripada skuad yang menentang Nepal pada aksi pembukaan Kumpulan F pada Mac lepas, selain menyenaraikan beberapa muka baharu termasuk pemain daripada skuad bawah 23 tahun (B-23) negara.

Sebanyak 28 pemain akan melaporkan diri pada 18 Mei, diikuti lapan pemain iaitu Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, La’Vere Corbin-Ong, Matthew Davies, Shahrul Mohd Saad, Junior Eldstal, Mohd Afiq Fazail, Romel Morales dan Endrick Dos Santos pada 25 Mei, manakala dua pemain terakhir Dion Cools dan Hector Hevel akan menyertai pasukan pada 1 Jun.

Antara nama yang menjadi tumpuan ialah pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Nathaniel Shio Hong Wan yang menerima pujian daripada Cklamovski.

“Hong sudah mula berlatih beberapa minggu sebelum musim berakhir bersama JDT. Dia menunjukkan prestasi latihan yang baik, tajam dan kelihatan bersedia sepenuhnya. Saya menonton sesi latihannya,” katanya.

Sementara itu, Cklamovski sekali lagi mempertahankan pemilihannya termasuk menyenaraikan pemain yang kurang mendapat tempat di peringkat kelab.

“Pemain yang terlepas peluang ke kem kali ini atau kem sebelum ini masih berpeluang dipanggil pada masa akan datang. Saya harap mereka terus kekal positif, tingkatkan prestasi dan sentiasa bersedia untuk pemilihan akan datang,” katanya.

Skuad Harimau Malaya akan menjalani fasa pertama latihan pusat di Johor Bahru dari 18 hingga 26 Mei, sebelum meneruskan sesi persiapan di Kuala Lumpur sehingga hari perlawanan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Skuad kendalian Cklamovski turut dijadual bertemu Cape Verde yang kini berada di ranking ke-72 dunia dalam Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 29 Mei, sebelum aksi latihan tertutup menentang pasukan sama di Stadium Nasional pada 3 Jun.

Berikut senarai 38 pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat Harimau Malaya:

 

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

La’Vere Corbin Ong

Matthew Davies

Shahrul Mohd Saad

Junior Eldstal

Mohd Afiq Fazail

Muhammad Nazmi Faiz Mansor

Nathaniel Shio Hong Wan

Mohamed Syamer Kutty Abba

Arif Aiman Mohd Hanapi

Fergus Tierney

Romel Morales

Muhammad Alif Ahmad

Muhammad Shafizan Mohamad Arshad

Harith Haiqal Adam Afkar

Ahmad Zikri Mohd Khalili

Nooa Laine

Quentin Cheng

Mohamad Faisal Abdul Halim

Muhammad Abu Khalil

Mohammad Haykal Danish Mohd Haizon

Muhammad Aiman Hakimi Othman

Muhammad Rahadiazli Rahalim

Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin

Muhammad Safwan Mazlan

Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili

Muhammad Safawi Rasid

Dominic Tan

Daniel Ting

Stuart Wilkin

Muhammad Azri Ab Ghani

Paulo Josue

Muhammad Haqimi Azim Rosli

Muhammad Haziq Nazdli

Dion Cools

Endrick Dos Santos

Gabriel Felipe Arrocha

Hector Alexander Hevel Serrano

– TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan