Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau, dan Pesta Tasik Biru di Pentas Utama Tasik Biru Resort City Bau.

Geopark Bau aset alam semula jadi Sarawak

ByConnie Grace

BAU, 15 Mei: Daerah Bau yang rasmi diiktiraf sebahagian daripada Geopark Kebangsaan menonjolkan keistimewaannya dari segi geologi, sejarah dan budaya, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata pengiktirafan tersebut menjadikan Bau sebagai aset alam semula jadi yang luar biasa, bukan sahaja dari segi nilai saintifik, tetapi juga sebagai sumber pendidikan dan pembangunan mampan.

“Kedua, Bau mempunyai kawasan yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada Geopark Kebangsaan. Nilai geologi dan warisan bumi di kawasan ini sangat unik dan mendapat perhatian ramai saintis yang melihatnya sebagai aset berharga dari segi geologi.

“Dengan keunikan formasi batu kapur yang dramatik, gua-gua yang misteri, serta lembah-lembah subur, kawasan ini menjadi medan kajian saintifik yang menarik minat pakar geologi dari dalam dan luar negara,” atanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru dan Tasik Biru Resort City, di sini, hari ini.

Jelas Abang Johari nilai “earth heritage” atau warisan di wilayah ini menjadi daya tarikan tersendiri yang dapat meningkatkan imej Bau sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Selain aspek geologi, kata Abang Johari, geopark ini juga membuka ruang untuk penglibatan komuniti setempat dalam memelihara dan mempromosikan alam sekitar.

“Aktiviti-aktiviti eko-pelancongan seperti penerokaan gua, trekking, dan pendidikan alam sekitar dapat dijalankan secara berterusan dan mampan, sekaligus memberi manfaat ekonomi kepada penduduk tempatan.” Tambah beliau lagi.

Beliau mengharapkan geopark ini dapat menjadi pusat pendidikan dan pelancongan berimpak tinggi yang bukan sahaja meningkatkan ekonomi tempatan tetapi juga memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar di kalangan masyarakat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan