Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamed Khaled mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pengaman Pertubuhan PBB di Jerman. Foto MINDEF.

Enam inisiatif pertahanan dikemukakan Malaysia pada Mesyuarat Pengaman PBB

ByAmirah Shawel

KUALA LUMPUR, 15 Mei: Malaysia telah mengemukakan enam inisiatif baharu sebagai Aku Janji Malaysia 2025 pada Mesyuarat Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2025 yang diadakan di Jerman.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan, Malaysia yang diwakili Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin komited mahu mendaftar satu batalion infantri sebagai pasukan pengaman, di bawah Sistem Keupayaan dan Kesiagaan Operasi Pengaman PBB (PCRS).

Selain itu, Malaysia juga akan meningkatkan keupayaan Pasukan Pemusnah Bom (EOD) untuk Malaysia Batalion (MALBATT) di Lubnan.

“Malaysia juga akan terus menawarkan kursus kepada anggota pengaman dari dalam dan luar negara bagi tujuan pembinaan kapasiti dan latihan persiapan sebelum atur gerak serta menganjurkan Kursus United Nations Staff Officer (UNSO) Specialised Training Materials (STM) Training of Trainers (ToT) di Pusat Pengaman Malaysia,” kata kementerian itu menerusi kenyataan.

Sementara itu, Malaysia juga akan mengekalkan penyertaan anggota pengaman wanita, selaras dengan sasaran penyertaan ditetapkan PBB.

MINDEF berkata Pasukan Latihan Bergerak (MTT) dan pakar perubatan juga akan disediakan bagi melatih anggota perubatan yang terlibat dalam misi pengaman PBB.

“Selain itu, menyediakan satu unit Formed Police Unit (FPU) dengan kekuatan 160 anggota dan 32 pegawai polis sebagai Individual Police Officer (IPO) di bawah misi Pengaman PBB,” tambah MINDEF.

Sementara itu, MINDEF memaklumkan Malaysia dan Itali berhasrat untuk meneroka kaedah perolehan kerajaan secara Kerajan-ke-Kerajaan (G2G) bagi produk pertahanan.

“Perkara itu antara dibincangkan oleh Mohamed Khaled semasa mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto semasa menghadiri mesyuarat itu.

“Kedua-dua buah negara berhasrat untuk membawa hubungan serta kerjasama antara dua negara ke tahap yang lebih tinggi,” menurut kenyataan.

Menurut MINDEF, pertemuan Mohamed Khaled dengan Menteri Pertahanan Jerman, Boris Pistorius juga telah membawa kepada komitmen berterusan dalam mengukuh kerjasama pertahanan melalui inisiatif seperti misi keamanan, latihan ketenteraan dan usaha memastikan kestabilan serantau.

“Kedua-dua negara juga menyatakan komitmen untuk bekerjasama mencapai matlamat bersama demi kestabilan dan keamanan di rantau Asia-Pasifik,” menurut kenyataan.

Mesyuarat yang diadakan pada 13 dan 14 Mei itu dihadiri lebih 80 negara anggota PBB dan menghimpunkan pemimpin dan pegawai tertinggi negara yang menyokong misi pengaman di bawah PBB. – TVS.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found