Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Sarawak, Dato Majang Renggi ketika merasmikan Majlis Ritual Sempena Cadangan Projek Pengorekan dan Kerja Berkaitan di Delta Batang Baram anjuran Lembaga Pelabuhan Miri (MPA), hari ini. Foto TVS

Elemen spiritual penting dalam pelaksaan projek

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 15 Mei: Majlis penuh simbolik berlangsung bagi memupuk keharmonian antara penganut pelbagai agama melalui upacara ritual perpaduan sambil menyokong pertumbuhan ekonomi pelabuhan di Delta Batang Baram, Miri.

Majlis dimulakan dengan doa selamat oleh wakil komuniti Islam diikuti dengan doa dan berkat daripada penganut Kristian dan diakhiri dengan upacara Miring yang dipimpin oleh komuniti Dayak khususnya daripada etnik Iban.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Sarawak, Dato Majang Renggi berkata, elemen spiritual adalah penting dalam setiap projek pembangunan utama.

“Upacara ritual hari ini bukan sekadar tradisi tetapi satu langkah spiritual yang penting. Ia melambangkan rasa syukur dan harapan kita agar projek ini dilindungi dan diberkati sepanjang pelaksanaannya,” katanya.

Beliau yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian pada Majlis Ritual Sempena Cadangan Projek Pengorekan dan Kerja Berkaitan di Delta Batang Baram anjuran Lembaga Pelabuhan Miri (MPA), Miri, hari ini.

Beliau turut memaklumkan projek pengorekan tersebut yang bermula pada Julai 2024 kini berada lebih awal daripada jadual asal dan Fasa 1 dijangka siap menjelang Julai 2027.

Projek tersebut bakal menjadi pemangkin kepada pengukuhan kapasiti pelabuhan, mempercepatkan logistik dan membuka peluang sosioekonomi baharu kepada komuniti tempatan.

“Kita yakin gabungan profesionalisme, kepimpinan yang mantap dan doa daripada pelbagai kepercayaan akan membawa kejayaan kepada projek ini,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan