Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota FRU Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi salah seorang mangsa yang tercedera dirawat di Hospital Teluk Intan pada Selasa. Foto Bernama

Anggota FRU terselamat imbau detik cemas kemalangan ngeri

ByBernama

TELUK INTAN, 15 Mei: “Saya berada dalam keadaan separuh sedar semasa kemalangan. Saya hanya ingat kawan-kawan tarik saya keluar (dari kawasan kemalangan),” demikian detik kemalangan itu diceritakan seorang mangsa kemalangan kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada Selasa.

Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, berkata semasa kejadian beliau turut terdengar rakan-rakannya yang lain menjerit meminta pertolongan.

Beliau hanya mengetahui mengenai keadaan rakan sepasukannya yang meninggal dunia, semasa mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan (HTI).

“Itu yang paling berat untuk saya terima sebab kejadian itu sekelip mata sahaja,” katanya dalam nada sayu ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Aniq Taufiq dibenarkan keluar selepas menjalani rawatan di HTI, sebelum pulang ke rumah keluarganya di Arau, Perlis.

Beliau mengalami kesan lebam di paru-paru dan di beberapa bahagian di badan selain mengalami kesakitan di bahagian pinggang sehingga menyukarkannya untuk duduk.

Sementara itu, isteri mangsa Nor Farhana Mohd Razali, 28, berkata anak lelaki mereka Mikhael Anaqi yang berusia empat bulan, menangis tanpa henti sebelum dia mengetahui suaminya terbabit dalam kemalangan.

“Anak saya seakan-akan ‘mengetahui’ kejadian yang menimpa bapanya. Saya hanya mengetahui melalui jiran saya mengenai kemalangan itu kira-kira tiga jam selepas kejadian,” katanya yang sudah dua tahun berkahwin dengan Aniq Taufiq.

Pada kejadian 8.50 pagi Selasa, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu semasa dalam perjalanan pulang selepas tamat tugas sempena perayaan Chitrapournami, di sini.

Kemalangan itu mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, dua parah manakala tujuh lagi cedera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan