Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Sambutan Ulang Tahun Ke-205 Daerah Bau dan Pesta Tasik Biru di Bau, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari dijemput ke WEF di Tianjin, kongsi pandangan ekonomi baharu

ByConnie Grace

BAU, 15 Mei: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima jemputan untuk berkongsi pandangan mengenai ekonomi baharu berasaskan tenaga boleh diperbaharui di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Tianjin, China bulan depan.

Jemputan ke persidangan antarabangsa berprestij itu disifatkan sebagai satu pengiktirafan penting terhadap peranan Sarawak dalam membentuk masa depan ekonomi mampan serantau, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.

Menurut Abang Johari, penyertaan beliau di WEF merupakan peluang untuk mengetengahkan usaha dan inovasi Sarawak dalam membangunkan ekonomi hijau dan tenaga lestari kepada komuniti global.

“Saya percaya dalam dunia ekonomi baharu, Sarawak akan menyerlah. Kita akan menjadi pemain utama dalam ASEAN dari sudut tenaga boleh diperbaharui,” ujarnya semasa berucap dalam satu majlis di sini.

Tambah beliau, kejayaan Sarawak dalam bidang ini adalah hasil komitmen dan pendekatan berinovasi yang diterapkan dalam dasar pembangunan negeri.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Sarawak serta barisan pemimpin negeri yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap agenda pembangunan mampan.

Di samping itu beliau menegaskan kepentingan kerjasama dan sokongan berterusan daripada kerajaan persekutuan.

“Jika kita tidak berinisiatif, kita tidak akan maju. Sarawak hanya akan berkembang apabila kita semua bersatu dan berusaha,” katanya.

Penyertaan Sarawak di WEF Tianjin dijangka membuka lebih banyak ruang kerjasama antarabangsa serta pelaburan strategik ke arah merealisasikan aspirasi Sarawak sebagai hab tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan