Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain skuasy wanita utama negara S. Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat. Foto fail AFP

Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Pemain skuasy wanita utama negara S. Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Kejohanan Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2024-2025 di Chicago, Amerika Syarikat.

Pemain pilihan ketujuh itu hanya mengambil masa 34 minit untuk menewaskan pemain tuan rumah Amanda Sobhy 3-0 (11-8, 14-12, 11-6) pada pusingan ketiga yang berlangsung di University Club of Chicago awal pagi tadi.

Sivasangari dijadual menentang pilihan keempat Olivia Weaver yang juga pemain pilihan tuan rumah pada aksi suku akhir selepas beliau menyingkirkan wakil Mesir Salma Hany 3-1 (11-7, 9-11, 11-7, 11-4) dalam masa 47 minit.

Sivasangari yang kini menduduki ranking kesembilan dunia menjadi wakil tunggal Malaysia pada kejohanan itu selepas Ng Eain Yow terkandas di pusingan ketiga dalam kategori lelaki.

Eain Yow gagal menyaingi kehebatan pemain nombor satu dunia dari Mesir Mostafa Asal apabila tewas 0-3 (4-11, 6-11, 7-11) dalam tempoh 56 minit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan