Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada lawatan ke Stesen Penternakan Kerbau Meragang, Lawas, hari ini. Foto TVS

Sarawak bakal peneraju keju mozarella susu kerbau Asia Tenggara

LAWAS, 14 Mei: Sarawak dijangka muncul sebagai pengeluar utama keju Mozarella berasaskan susu kerbau di Asia Tenggara apabila kilang pemprosesan produk itu di Stesen Penternakan Kerbau Meragang, Lawas siap sepenuhnya pada Ogos ini.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata projek berimpak tinggi itu menggunakan baka kerbau Murrah dari Australia yang terkenal dengan pengeluaran susu berkualiti tinggi.

“Bagi fasa pertama, lebih 200 ekor kerbau Murrah sudah diimport dari Australia dan kini sedang menjalani proses kuarantin di Miri sebelum dibawa ke Lawas pada penghujung bulan ini,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penternakan Kerbau Meragang, Merapok, hari ini.

Menurutnya, fasa kedua pula melibatkan kemasukan lebih 500 ekor kerbau baka sama menjelang hujung tahun ini.

Keseluruhannya, hampir 1,000 ekor kerbau akan ditempatkan di stesen berkenaan bagi menyokong pengeluaran susu secara berterusan.

Menurut Dr Abdul Rahman, kilang bernilai RM16 juta itu dijangka menjadi hab pengeluaran keju mozarella terbesar di rantau ini dengan prospek eksport ke pasaran Eropah dan negara lain.

“Pemasangan peralatan dan mesin pemprosesan akan dimulakan Jun ini menerusi pembiayaan pinjaman daripada Agro Bank,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan