Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro Safiee Ahmad hadir merasmikan Majlis Kejohanan Sukan Tahunan dan Majlis Lan Berambeh Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawai 2025, pada Selasa. Foto UKAS

RM58.5 juta diperuntuk bina jalan utama Kampung Sawai – Sibu

DARO, 14 Mei: Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM58.5 juta bagi melaksanakan projek pembinaan jalan yang akan menghubungkan Kampung Sawai ke jalan utama menuju ke Sibu.

Projek infrastruktur tersebut dijangka akan memberi impak besar kepada sistem pengangkutan dan pembangunan ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, pembinaan jalan itu akan memudahkan pergerakan penduduk Kampung Sawai ke bandar Sibu serta kawasan sekitarnya.

Malah katanya, ia dijangka dapat mempercepatkan masa perjalanan dan meningkatkan akses kepada pelbagai kemudahan bandar.

“Projek ini bukan sahaja akan membuka lebih banyak peluang ekonomi, malah memacu pertumbuhan kawasan luar bandar melalui hubungan yang lebih baik dengan bandar besar seperti Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kejohanan Sukan Tahunan dan Majlis Lan Berambeh Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawai 2025, semalam.

Menurut beliau, kemudahan jalan yang lebih baik turut memberi kelebihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi yang terdapat di bandar, termasuk Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang dimiliki oleh Kerajaan Sarawak.

Dengan pelaksanaan projek itu katanya, Kerajaan Sarawak terus komited dalam usaha membawa pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar demi kesejahteraan rakyat.

“Ibu bapa harus merebut peluang ini sebaik mungkin kerana pendidikan merupakan kunci utama untuk membentuk masa depan anak-anak.

“Ia juga memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup dan ekonomi sesebuah keluarga,” tambah beliau.

Pada majlis sama, Safiee turut menyempurnakan penyerahan projek siap naik taraf Surau Kampung Sawai yang menelan kos sebanyak RM100,000.

Hadir sama, Guru Besar SK Kampung Sawai, Yahya Lamuji, Yang Dipertua PIBG SK Kampung Sawai, Azreen Jul, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Daro, Junaidi Mohamed, Pegawai Perhubungan Sekolah, Norafizan Noor Azaam dan Ketua Kaum Kampung Sawai, Philip Amit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan