Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tertuduh (berpakaian hitam) yang berusia 15 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Stutong Baru, Kuching sekitar jam 1.10 tengahari, 14 Januari lalu. Foto TVS

Remaja memandu sebabkan lima kematian dibenar diikat jamin

KUCHING, 14 Mei: Mahkamah Majistret Kuching hari ini membenarkan remaja lelaki berusia 15 tahun yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan lima kematian di Jalan Stutong Baru pada 14 Januari lalu diikat jamin RM5,000.

Tertuduh yang merupakan remaja di bawah umur, mengaku bersalah ke atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Magistret Ling Hui Chuan sementara kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Mohamad Fillanny Siji.

Remaja terbabit didakwa di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu atau merbahaya.

Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM50,000.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa di bawah Seksyen 39(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kerana memandu kenderaan motor semasa berumur kurang daripada 16 tahun yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan ibu-bapanya sebagai penjamin dan menetapkan 17 Jun 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes serta mendengar laporan akhlak.

Sementara bapa kepada remaja berkenaan, Akie Anak Suma, 35, dijatuhkan hukuman denda RM15,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Kuching, Nuraini Ahmad.

Semasa prosiding, DPP Mohamad Fillanny Siji turut memohon agar hukuman lebih berat dikenakan ke atas bapa tertuduh kerana insiden itu mengakibatkan kehilangan ramai nyawa.

Pada masa yang sama, Akie yang didakwa di bawah Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai mengawasi tertuduh, turut diperintah untuk menjalani khidmat komuniti selama 100 jam dalam tempoh masa enam bulan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan