Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daniella Lupi Balan berkata penyertaan RECODA dalam ICW adalah sejajar dengan peranannya dalam pelaksanaan projek di bawah SCORE. Foto Awang Azmil (TVS)

RECODA giat perkukuh infrastruktur Sarawak melalui kerjasama strategik

ByWilly Jali

KUCHING, 14 Mei: Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) memperkukuh peranannya dalam pembangunan infrastruktur di Sarawak dengan menjalinkan kerjasama erat bersama pelbagai pemain industri pembinaan.

Menurut Eksekutif Kanan, Komunikasi dan Perhubungan Luar RECODA, Daniella Lupi Balan, penyertaan RECODA dalam Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) adalah sejajar dengan peranan penting agensi itu dalam pelaksanaan projek di bawah inisiatif Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) khususnya dalam aspek pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar.

“Penyertaan kami dalam acara ini amat signifikan kerana salah satu daripada tiga tonggak utama RECODA sebagai agensi pelaksana di bawah inisiatif SCORE adalah pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur di Sarawak.

“Fokus utama kami adalah memperkukuh pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar Sarawak, termasuk pembinaan jalan raya, jambatan, loji rawatan air dan pelbagai lagi kemudahan asas yang sedang giat dibangunkan di kawasan pedalaman negeri ini,” katanya ketika ditemui pada ICW 2025 di sini, hari ini.

Tambah Daniella, platform seperti ICW memberi peluang besar kepada RECODA untuk menjalinkan hubungan strategik dengan perunding projek dan pakar teknikal serta pembekal teknologi pembinaan terkini.

Jaringan tersebut katanya amat penting dalam memastikan kelangsungan dan kejayaan pelbagai projek pembangunan yang sedang atau akan dijalankan.

“Kami berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai perunding projek serta pakar dalam bidang kimpalan, simen dan teknologi berkaitan yang amat diperlukan bagi memperkasakan pembangunan infrastruktur di Sarawak.

“RECODA turut menjalinkan kerjasama erat dengan pelbagai pemain utama industri pembinaan di Sarawak. Kami sentiasa berurusan dengan perunding pengurusan projek dan kontraktor tempatan dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan berimpak tinggi kepada masyarakat,” ujarnya.

Melalui matlamat itu, RECODA terus komited dalam memastikan projek pembangunan di kawasan pedalaman Sarawak selaras dengan agenda pembangunan negeri serta memberi manfaat langsung kepada penduduk tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan