Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat menuruni cerun curam untuk membawa mangsa yang ditemui selamat di Rimba Hill, Lokawi. Foto JBPM

Pekerja Sabah Electricity ditemui selamat selepas lebih 15 jam hilang di hutan Lokawi

ByTVS

PUTATAN, 14 Mei: Seorang pekerja kontraktor Sabah Electricity yang dilaporkan hilang ketika melakukan kerja pembersihan pencawang elektrik di kawasan hutan Rimba Hill, Lokawi ditemui selamat pagi ini selepas lebih 15 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa, Aszaman Salleh, 48, ditemui dalam keadaan lemah namun stabil pada jam 9.56 pagi, kira-kira 265 meter dari lokasi kerjanya berhampiran Menara 11.

Beliau dipercayai tergelincir semasa menjalankan tugas sebelum terjatuh ke kawasan cerun yang sukar dilalui. Mangsa gagal dihubungi selepas kejadian dan disedari hilang oleh rakan setugas.

Menurutnya, SAR bermula jam 6.31 petang pada 13 Mei, selepas panggilan kecemasan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan.

Seramai 19 anggota terlibat dalam operasi hari kedua yang turut dibantu oleh Unit K9, pasukan dron, BBP Papar, PDRM serta kakitangan Sabah Electricity.

Selepas ditemui, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba sebelum dibawa keluar dari kawasan cerun dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans Bulan Sabit Merah untuk rawatan lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan