Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain. Foto fail Bernama

PDRM kenal pasti langkah tambah baik keselamatan pergerakan anggota guna trak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Polis Diraja Malaysia kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak untuk menjalankan operasi susulan nahas jalan raya yang meragut sembilan nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata satu perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam kerana jabatan itu turut menggunakan trak bagi mengangkut anggota Pasukan Gerakan Am.

“Antara sedang dikaji ialah penambahan sistem lebih baik bagi melindungi penumpang dalam trak namun trak ini mempunyai bangku panjang yang mungkin serasi atau tidak untuk sistem itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata langkah lain yang dipertimbang ialah penggunaan bas dan kereta peronda bagi mengawasi pergerakan konvoi kenderaan pasukan itu.

Insiden pada 8.50 pagi semalam menyaksikan sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan