Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad menyempurnakan Majlis Perasmian Pasar Rakyat Daro sambil diperhatikan tetamu yang lain. Foto UKAS.

Pasar Rakyat Daro berwajah baharu lonjak ekonomi setempat

DARO, 14 Mei: Kerajaan Sarawak komited memperkasa usahawan tempatan dengan melaksanakan projek menaik taraf kemudahan infrastruktur, termasuk Pasar Rakyat Daro yang kini tampil dengan wajah baharu dan lebih moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad berkata, projek menaik taraf pasar tersebut melibatkan kos sebanyak RM787,290 dan merupakan inisiatif kerajaan untuk meningkatkan kemudahan dan keselesaan kepada para peniaga serta penduduk setempat.

“Pasar Rakyat Daro kini tampil lebih moden dan selesa, seiring dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Saya berharap para peniaga akan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini,” katanya semasa merasmikan pasar berwajah baharu itu, semalam.

Menurut beliau, projek itu bukan sahaja mampu merancakkan ekonomi tempatan, malah membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan kecil di kawasan Daro.

“Kerja-kerja naik taraf melibatkan pembinaan bumbung baharu, penambahbaikan sistem saliran, ruang niaga yang lebih tersusun, serta penambahan pelbagai kemudahan asas yang lain,” tambahnya.

Safiee turut menegaskan bahawa inisiatif sebegini penting bagi memastikan para peniaga dapat menjalankan perniagaan dalam suasana yang lebih selesa, tersusun dan menarik lebih ramai pengunjung ke Daro.

Hadir sama, Pegawai Daerah Daro, Zul Usop, Setiausaha Majlis Daerah Matu-Daro (MDMD), Chiong Siew Ping, Kaunselor Hamden Taha dan Penghulu Abu Bakar Salleh.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan