Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Foto fail Bernama

Nahas FRU: Tiga anggota masih kritikal, tidak sedarkan diri

ByBernama

IPOH, 14 Mei: Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata anggota berkenaan ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.

“Kesemua mereka kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.

“Hari ini pihak kami mengadakan ziarah kebajikan ke atas mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat empat anggota yang cedera telah sedar dan dirawat di hospital sama.

Mereka ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44.

Dalam kejadian 8.50 pagi semalam, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil, sekali gus menyebabkan lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan