Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) semalam direman selama empat hari bermula hari ini. Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman di Mahkamah Majistret Teluk Intan.Foto, Bernama.

Nahas FRU: Pemandu lori direman empat hari

ByTVS

TELUK INTAN, 14 Mei: Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan sembilan anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU) direman empat hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 45 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman di Mahkamah Majistret di sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pemandu lori batu kerikil itu disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Seksyen ini mengenai pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000, serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun,” katanya.

Dalam kejadian pada 8.50 pagi semalam, lori yang dipandu lelaki terbabit bertembung dan merempuh trak yang membawa 18 anggota FRU yang sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugas sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.

Akibat rempuhan itu sembilan anggota FRU yang menaiki trak berkenaan maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan