Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori membawa muatan sawit di simpang Wong Limat, Krian, Saratok, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, kemalangan dua buah lori sawit di Saratok

SARATOK 14 Mei: Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori membawa muatan sawit di simpang Wong Limat, Krian di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.04 malam dengan menggerakkan empati anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kemalangan jalanr aya melibatkan sebuah lori muatan sawit 16 tan melanggar bahagian hadapan sebuah lori muatan sawit tiga tan semasa menaiki bukit disebabkan kegagalan sistem brek.

“Impak dari pelanggaran tersebut menyebabkan pemandu kenderaan lori muatan sawit tiga tan tersepit di bahagian pemandu tetapi berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa terus dibawa ke hospital saratok menggunakan kenderaan awam.manakala kedua-dua pemandu dan kelindan lori muatan sawit 16 tan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tiada operasi penyelamatan dilakukan pihak bomba dan hanya menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan