Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan bangunan Pusat Pentadbiran Bersepadu Sarikei, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Lebih RM4.9 bilion untuk pembangunan di Sarikei

ByAkma Salleh

SARIKEI, 14 Mei: Sebanyak 200 projek pembangunan telah dan sedang dilaksanakan di Bahagian Sarikei setakat 10 hingga 30 April 2025, melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM4.9 bilion.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, projek-projek ini merangkumi pembinaan jalan raya serta penyediaan bekalan air dan elektrik yang semuanya berjalan mengikut jadual.

“Antaranya ialah bangunan ini (Pusat Pentadbiran Bersepadu – IAC) yang berharga lebih RM150 juta dan ini akan menempatkan Pejabat Residen dan juga agensi penting yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat di sekitar Sarikei.

“Selain itu pejabat bangunan lama juga akan diguna pakai untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan mampan,” katanya selepas merasmikan bangunan IAC di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, bangunan IAC yang baharu dibina berkonsepkan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

“Ia ada hubungan secara dalam talian dengan jabatan-jabatan lain termasuklah Kuching. Ini sudah tentu membolehkan pegawai kita untuk mempunyai zoom meeting kalau diperlukan khususnya dari sudut projek-projek yang mungkin ada masalah dan boleh diselesaikan melalui zoom meeting.

“Ini akan memantapkan lagi perkhidmatan untuk kawasan di empat daerah iaitu Meradong, Sarikei, Pakan dan Julau,” katanya lagi.

Bangunan IAC setinggi 12 tingkat menempatkan pelbagai pejabat kerajaan termasuk Pejabat Residen serta Jabatan Tanah dan Survei.

Sebelum ini, Abang Johari berkata, IAC dibina sebagai sebahagian daripada pelan pembesaran bandar Sarikei dan menjadi model untuk pembangunan masa depan di daerah ini.

Beliau juga yakin IAC bakal menjadikan Sarikei lebih maju dengan kemudahan ICT, selaras dengan usaha kerajaan ke arah bandar pintar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan