Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita cedera di bahagian dahi dan telinga kanan selepas kereta dipandu kemalangan kendiri melanggar penghadang jalan di Jalan Pan Borneo, Batu 29, Serian, hari ini. Foto JBPM

Kereta dipandu langgar penghadang jalan, wanita berusia 30-an cedera

SERIAN, 14 Mei: Seorang wanita cedera di bahagian dahi dan telinga kanan selepas kereta dipandu kemalangan kendiri melanggar penghadang jalan di Jalan Pan Borneo, Batu 29, hari ini.

Komander Operasi, Nasihin Jaum berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.54 petang dengan menggerakkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Kemalangan kendiri melibatkan sebuah Perodua Viva telah melanggar penghadang jalan dan seorang mangsa wanita berusia 30-an telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dahi dan telinga kanan. Tindakan awal Unit EMRS bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa dan seterusnya menghantar mangsa ke hospital Serian untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, setelah memastikan keadaan di lokasi selamat, operasi ditamatkan dan jentera bersama anggota bomba bertolak balik ke balai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan