Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jenazah Konstabel Akmal Wafi Anuar yang terlibat kemalangan maut di Teluk Intan, pagi semalam selamat dikebumikan di Kulim,Kedah pagi ini. Foto, TVS.

Jenazah anggota FRU asal Kedah terlibat kemalangan maut selamat dikebumikan

ByTVS

KULIM, 14 Mei: Jenazah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Konstabel Akmal Wafi Anuar yang maut bersama lapan rakan setugas dalam kemalangan di Jalan Chikus – Sungai Lampam pagi semalam selamat dikebumikan pada pukul 10.45 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Masjid Tunku Abdul Rahman Putra Sungai Limau, Lunas di sini.

Terdahulu jenazah anggota berusia 27 tahun itu tiba di rumah keluarganya di Taman Pegaga pada pukul 6.30 pagi.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Tunku Abdul Rahman Putra untuk solat jenazah.

Lebih 300 orang terdiri daripada aggota keluarga, jiran serta pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

Jenazah diiringi dan diusung oleh pasukan pengusung dari FRU dan Jalur Gemilang disampaikan Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Zulkifli Azizan kepada bapa Allahyarham, Annuar Yusof, 55.

Allahyarham yang masih bujang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan difahamkan baharu berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, sembilan jenazah dan jasad anggota FRU yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Teluk Intan pagi Selasa selesai diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi PDRM di FRU Unit 5, Sungai Senam, di sini pada 3.46 pagi. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan