Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya dekat sini. Foto Mohd Adli Shahar

Imigresen Selangor tahan 38 warga asing atas pelbagai kesalahan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Jabatan Imigresen (JIM) Selangor hari ini menahan 38 warga asing termasuk sebelas wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Pasar Moden SS15, Subang Jaya dekat sini.

Pengarah JIM Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka yang ditahan dalam operasi bermula pada 11.15 pagi itu terdiri daripada warga Indonesia, India dan Myanmar berusia lingkungan 17 hingga 53 tahun.

“Kebanyakan mereka bekerja sebagai pembantu kedai di medan selera dan pasar basah.

“Siasatan dilakukan bagi kesalahan tidak mempunyai permit, permit tamat tempoh dan tidak mematuhi syarat permit untuk tinggal di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi tamat.

Beliau berkata mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan