Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kawasan 137 kilometer ke barat Neiafu, Tonga pada 5.15 petang waktu tempatan (0415 GMT) pada Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua. Foto hiasan Envato

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud landa Tonga

ByBernama

SUVA, 14 Mei: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan kawasan 137 kilometer ke barat Neiafu, Tonga pada 5.15 petang waktu tempatan (0415 GMT) pada Rabu, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), lapor Xinhua.

Tiada laporan segera mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

Pusat gempa, dengan kedalaman 243.1 km itu terletak 18.720 darjah latitud selatan dan 175.283 darjah longitud barat, menurut USGS.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami susulan gempa itu.

Negara pulau Pasifik seperti Fiji, Tonga dan Vanuatu terletak di kawasan yang dikenali sebagai “Lingkaran Api Pasifik”, iaitu satu lengkungan zon gempa bumi dan gunung berapi yang plat benua bertembung, menyebabkan aktiviti seismik yang kerap berlaku. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan