Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gajah merupakan haiwan yang menakjubkan kerana mempunyai keupayaan spatial (ruangan) termasuk boleh mengingati sesuatu kawasan, walaupun telah melaluinya untuk tempoh lama. Foto hiasan Envato

Gajah miliki keupayaan “spatial”, mampu ingat kawasan, peristiwa

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Gajah merupakan haiwan yang menakjubkan kerana mempunyai keupayaan spatial (ruangan) termasuk boleh mengingati sesuatu kawasan, walaupun telah melaluinya untuk tempoh lama.

Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Jamhuri Jamaluddin berkata dengan keupayaan berkenaan, gajah boleh mengingati jalan yang dilaluinya meskipun haiwan itu dipindahkan ke suatu kawasan lain yang lebih jauh.

Sehubungan dengan itu, beliau yang kini melakukan penyelidikan di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bertajuk “Pemantauan Pergerakaan dan Analisis Gajah”, tidak menolak kemungkinan ibu gajah yang anaknya mati dilanggar lori di Gerik, Perak pada Ahad lepas boleh kembali ke lokasi kejadian.

“Gajah mempunyai spatial memory termasuk boleh mengingati kawasan dan faham konsep kematian. Ia boleh kunci kawasan itu dan boleh kembali untuk melawat. Itulah kelebihan naluri gajah dan sains pun belum dapat buktikan bagaimana ia boleh mengingati,” katanya kepada Bernama hari ini.

Selain itu, Jamhuri berkata gajah ialah haiwan mamalia yang mempamerkan tingkah laku sosial mengagumkan dengan membina hubungan emosional yang kuat bersama ahli kumpulan.

“Kecerdasan emosi gajah bukan mitos kerana haiwan ini faham konsep kematian dan tahu keberadaan ahli keluarga yang mati, dan kadangkala haiwan itu kembali ke tempat sama walaupun yang tinggal cuma rangka,” katanya.

Beliau berkata hubungan dalam kalangan gajah bukan sekadar biologi, tetapi bersifat sosial dan emosi sehinggakan ibu gajah akan menjaga anak selama bertahun-tahun.

Pada Ahad, tular di media sosial seekor anak gajah jantan dianggarkan berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB) Gerik–Jeli.

Kejadian yang berlaku pada sambutan hari ibu meruntun jiwa rakyat Malaysia kerana ibu gajah berusaha untuk membawa keluar anaknya yang tersepit di bawah lori dan setia menunggu di situ selain dilihat mengalirkan air mata meratapi nasib anaknya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan