Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus pada Majlis Penyerahan Projek MRP di PAWE Subis di Bekenu, hari ini.

Dua projek perkasa kesejahteraan warga emas Bekenu

ByVanessa Enjop

BEKENU, 14 Mei: Golongan warga emas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu bakal menikmati kemudahan lebih selesa menerusi dua Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Subis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, berkata peruntukan keseluruhan berjumlah RM460,000 itu membabitkan pembinaan struktur bumbung baharu dan kerja-kerja menaik taraf kemudahan fizikal di kawasan berkenaan.

“Antara projek yang diluluskan ialah pembinaan struktur bumbung di antara bangunan PAWE dan bangunan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sebelahnya.

“Kawasan di tengah-tengah antara dua bangunan ini akan dijadikan dewan berbumbung untuk kegunaan bersama PAWE dan PDK. Peruntukan sebanyak RM200,000 disalurkan bagi tujuan ini,” katanya pada Majlis Penyerahan Projek MRP di PAWE Subis di sini, hari ini.

Katanya, satu lagi projek bernilai RM260,000 turut diluluskan bagi menaik taraf bangunan sedia ada, termasuk membaiki lantai, pagar keselamatan dan laluan bagi meningkatkan keselamatan serta keselesaan pengguna.

“Kawasan ini agak terpencil dan jauh dari penempatan utama, jadi aspek keselamatan dan keselesaan warga emas sangat diutamakan bagi memastikan mereka dapat menjalankan aktiviti dengan selesa,” katanya.

Menurut Rosey, penambahbaikan prasarana itu selaras dengan pendekatan inklusif kerajaan dalam menggalakkan penglibatan aktif warga emas dalam komuniti serta memastikan mereka menua dengan sihat dan bermaruah.

“Kita mahu warga emas kekal aktif dan sihat, bukannya hanya duduk di rumah. Sebab itu saya menyeru mereka yang berumur 60 tahun ke atas agar mendaftar sebagai ahli PAWE dan memanfaatkan fasiliti yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata, projek pembinaan berkenaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka siap dalam tahun ini selepas proses pelantikan kontraktor diselesaikan.

PAWE Subis yang terletak di Bekenu antara pusat yang aktif menganjurkan pelbagai program untuk warga emas seperti senamrobik, kelas memasak, bengkel kraf tangan dan ceramah kesihatan.

Projek penambahbaikan itu dijangka memperkasa lagi peranan PAWE sebagai pusat sokongan sosial dan kesejahteraan warga emas di kawasan luar bandar.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan