Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa (tengah) ketika menghadiri Program Randau NCR di Rumah Panjang Tawie Ragai, Betong. Foto TVS

Beri kerjasama kepada JTS laksana program pengukuran tanah NCR

BETONG, 14 Mei : Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili diseru agar sentiasa memberikan kerjasama penuh kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dalam program pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa berkata, program seumpamanya adalah usaha kerajaan dalam memudahkan proses dokumentasi dan pemilikan tanah penduduk di masa akan datang.

“Besar harapan saya kepada para penduduk terutamanya pemilik Tanah NCR di DUN Engkilili ini agar dapat memberikan kerjasama penuh kepada JTS untuk mengukur tanah masing-masing.

“Program ini bukan merupakan usaha murni kerajaan untuk terus membangunkan Tanah NCR di Engkilili ini pada masa-masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Randau Nyukat Tanah Temuda Bansa Asal (NCR) Bagi Kawasan Duri, Bukong, Aur Bangat, Isu Bangat, Pitoh, Pelasok, Enteban, Pais dan Lipat dalam Daerah Betong di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili di Rumah Panjang Tawie Ragai, Duri Bangat, Betong.

Tambahnya, pemilik tanah yang telah berjaya mendapat Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) juga bebas mengusahakan tanah mereka berdasarkan kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Mereka juga katanya, tidak perlu risau terhadap sebarang gangguan atau tuntutan berkaitan tanah berkenaan daripada mana-mana pihak yang cuba menidakkan hak mereka. -TVS.

Tags: JTS, NCR, tanah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan