Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam ketika tinjauan ke tapak projek bangunan baharu SMK Saribas pada Selasa. Foto TVS.

Bangunan baharu SMK Saribas sedia ruang kondisif untuk pelajar

DEBAK, 14 Mei: Bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas di sini yang menelan kos RM12 juta dijangka siap sepenuhnya dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Mohammad Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, bangunan baharu itu akan menjadi pilihan utama ibu bapa yang ingin memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak mereka.

Projek pembinaan bangunan baharu SMK Saribas ini katanya bakal memberi ruang yang lebih baik dan kondusif kepada pelajar dan tenaga pengajar, katanya selepas meninjau perkembangan projek itu di sini pada Selasa.

Beliau berharap bangunan baharu yang lebih moden itu dapat menjadi tempat pembelajaran yang lebih berkesan serta menyokong usaha memperkasakan sistem pengajaran dan pembelajaran di kawasan tersebut.

“Sebagai wakil rakyat, saya berasa bertanggungjawab untuk memastikan pendidikan di kawasan Saribas terus berkembang,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, permohonan untuk pembinaan bangunan baharu bagi SMK Saribas tersebut dikemukakan oleh pihaknya pada tahun 2013 yang lalu.

“Ianya adalah sebahagian daripada komitmennya untuk meningkatkan mutu pendidikan di Saribas dengan memberikan kemudahan terbaik kepada pelajar di kawasan tersebut.

“Kini, setelah hampir lebih sedekad, permohonan tersebut berjaya mendapat peruntukan berjumlah keseluruhan RM12 juta dan dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12),” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan