MIRI, 13 Mei: Sebuah van sekolah terbakar di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong Datuk Muip, Jalan Rejang Taman Tunku di sini, pagi tadi.
Komander Operasi, Jubri Samsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.43 pagi dengan menggerakkan sembilan angggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah van jenis Kia Pregio yang telah terbakar 70 peratus.
“Pihak bomba melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan teknik dua aliran salur bantu mula air dari pam jentera dan satu foam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kebakaran itu tidak melibatkan mangsa, setelah selesai operasi pemadaman dan memastikan tiada lagi punca api pihak bomba bertolak balik ke balai. -TVS