Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

UTS, Swinburne tawar ijazah baharu Kejuruteraan Pengurusan Pembinaan

ByMadeline Dugat

KUCHING, 13 Mei: Sarawak memperkenalkan satu program baharu iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pengurusan Pembinaan yang ditawarkan di dua institusi pengajian tingginya, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) dan Swinburne University of Technology.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kursus baharu ini dirangka bagi memenuhi keperluan mendesak untuk mewujudkan industri pembinaan yang lebih lestari.

“Ini kerana wujud keperluan untuk membangunkan industri rendah karbon memandangkan sektor pembinaan merupakan antara industri yang menyumbang kepada pelepasan karbon.

“Kita perlu meneroka disiplin-disiplin baharu, contohnya dari segi bahan binaan, kita harus beralih kepada penggunaan bahan hijau, begitu juga dalam industri pembinaan, di mana teknologi seperti BIM digunakan dalam persekitaran kerja rendah karbon,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Selasa.

Menurut beliau, pengenalan kursus ini juga menyokong inisiatif pendidikan tinggi percuma yang diperkenalkan Kerajaan Sarawak.

Katanya pelajar-pelajar tempatan yang layak akan berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut bermula tahun ini.

“Memandangkan ini adalah inisiatif baharu yang bermula tahun ini, anak-anak Sarawak yang layak akan dihantar melanjutkan pengajian ke universiti kita di bawah program pendidikan tinggi percuma,” katanya.

Pendekatan ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam menyediakan tenaga kerja profesional berkemahiran tinggi serta mendukung aspirasi Sarawak untuk menjadi negeri maju yang mampan menjelang 2030. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan