Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Etiqa Takaful Berhad. Foto Jabatan Penerangan Sarawak (FB)

Tun Wan Junaidi saksikan penyerahan zakat perniagaan oleh Etiqa dan Bank Rakyat

ByAsmah Adenan

KUCHING, 13 Mei: Etiqa Takaful Berhad hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1.8 juta bagi tahun 2024, melalui dua entiti operasinya, iaitu Etiqa Family Takaful Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

Ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim kepada Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie.

Penyerahan itu disaksikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini.

Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh Bank Rakyat. Foto Jabatan Penerangan Sarawak (FB)

Pada majlis yang sama, Bank Rakyat turut menyumbang zakat perniagaan bagi tahun 2024 berjumlah RM1,990,410 yang disampaikan oleh pengerusinya, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Hadir sama, Pengarah Wilayah Sarawak Etiqa Takaful Berhad, Sylvester Ng, Pengurus Cawangan Kuching Etiqa, Noraishikin Bojet, Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Bank Rakyat, Mohamad Shiblie Abang Sapuan, Pengarah Wilayah Borneo Bank Rakyat, Saini Hammade serta barisan pengurusan tertinggi kedua-dua syarikat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan