Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan lori yang terbabit kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Foto Bernama

Tiada anggota FRU terkorban nahas di Perak berasal dari Sarawak

ByAmirah Shawel

IPOH, 13 Mei: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata mengesahkan tiada anggota unit simpanan persekutuan (FRU) berasal dari Sarawak maut dalam kemalangan di Teluk Intan pagi tadi.

Jelas beliau salah seorang anggota FRU terkorban iaitu Koperal Nurit Pandak, 34, berasal dari Kampar, Perak.

“Setakat ini tiada anggota FRU berasal dari Sarawak maut dalam kemalangan tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau turut memaklumkan pihaknya belum dapat mendapat maklumat terdapat anggota FRU lain yang berasal dari Sarawak terlibat dalam nahas yang mengorbankan sembilan petugas pasukan keselamatan itu.

Terdahulu, sekurang-kurangnya sembilan anggota FRU maut dalam kemalangan dengan lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pagi Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata kenderaan itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan, semalam.

Menurutnya, semua mangsa adalah daripada FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh.

Lapan berasal daripada Perak manakala seorang dari Kedah. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan