Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sesi cabutan undi Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong akan diadakan pada 22 Mei ini.

Cabutan undi Karnival Bolasepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong pada 22 Mei ini

ByTVS

BETONG, 13 Mei: Sesi cabutan undi Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Terbuka Bahagian Betong akan diadakan pada 22 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Kr Abang Suhordie Abang Zaini berkata, sesi berkenaan yang melibatkan 28 pasukan bertanding akan diadakan serentak dengan sesi taklimat kepada para pengurus pasukan.

“Pada mesyuarat semalam kita telah membincangkan semua perkara yang berkaitan dengan penganjuran karnival ini, termasuk perkara berkaitan dengan tarikh sesi taklimat dan cabutan undi,” katanya.

Kaunselor (KR) Abang Suhordie Abang Zaini (tengah) merakam gambar kenangan bersama barisan Exco lain selepas mesyuarat di Betong pada Isnin. Foto TVS

Katanya, kesemua pengurus pasukan terlibat juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

Tambahnya, pasukan yang mengambil bahagian pada karnival tersebut adalah terdiri daripada pelbagai kelab di sekitar Bahagian Betong dan daerah berhampiran.

Antara pasukan yang akan menyertai karnival ini ialah Marakas United, Bungin FC, Meludam FC, Sessang Tigris, KV Betong, KSRB Bungin, Delisha FC, Pak Lau, Lidros WFS, Loy69 Mangut, Sarabet, Tabau Legacy, Kalanbang Debak FC, GMP, Rykos United, Semarang Village FC, Hermanos, Kpg Boys Sri Aman, Al-Quthuz, Rimbas FC, Perkasa FC Mangut, Reject United, Zaracos Saratok, Pusak United, Red Hackle FC, Betong United/Landas, Sakuncai FC dan Kastom FC.

Karnival Bola Sepak 9 sebelah Terbuka Bahagian Betong dijadualkan berlangsung di Padang Bola Sepak Pusat Sukan Riveria, Debak, Betong, bermula pada 27 sehingga 29 Jun depan.

Juara bakal menerima wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat manakala naib juara akan membawa pulang RM2,000 beserta piala dan pingat.

Sementara, dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan menerima RM1,000 dan pingat masing-masing, sebagai pemenang tempat ketiga bersama.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Timbalan Presiden BDFA, Kr Horace  Entoi bersama barisan exco yang lain. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan