Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Api marak memusnahkan keseluruhan struktur rumah dalam kejadian di Wallace Bay pagi tadi. Foto PBS

Sebuah rumah di Wallace Bay musnah dijilat api

ByTVS

WALLACE BAY, 13 Mei: Sebuah rumah berkeluasan 30×50 kaki musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Wallace Bay, Pulau Sebatik pagi tadi.

Kebakaran dilaporkan berlaku sekitar jam 9.31 pagi dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pulau Sebatik tiba di lokasi tiga minit kemudian untuk menjalankan operasi pemadaman.

Menurut Komander Operasi merangkap Pengerusi PBS, Hamdan, pasukannya menggunakan satu aliran sepanjang 100 kaki dan dua pancutan dari sumber air terbuka bagi memadam api.

“Tiada mangsa cedera dalam kejadian tersebut,” katanya.

Hamdan berkata kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.50 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 pagi selepas pemeriksaan lanjut dibuat bagi memastikan tiada ancaman susulan di lokasi.

Turut membantu dalam operasi ialah anggota daripada PDRM (4 anggota), RELA (4 anggota) dan JPAM (7 anggota). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan