Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Billy Sujang ditemui pada majlis penyerahan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Opar di CENTEXS Lundu pada Isnin. Foto TVS

RM823,000 geran MRP diagih di DUN Opar

LUNDU, 13 Mei: Sejumlah RM823,000 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada 99 penerima yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kampung-kampung, sekolah-sekolah dan rumah ibadat dalam kawasan DUN Opar,di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, berkata pengagihan geran tersebut mencerminkan sokongan dan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi penduduk luar bandar, khususnya di kawasan DUN Opar.

“Sebahagian daripada aktiviti yang kita jalankan nanti, akan menjurus kepada memartabatkan usaha kita untuk membangun komuniti dan itu yang sangat penting. Membangunkan komuniti baik dari segi modal insan mereka sendiri, serta apa yang boleh kita laksanakan di kawasan luar bandar.

“Bantuan ini juga diharap dapat membantu dalam melaksanakan aktiviti tahunan JKKK, selain daripada aktiviti-aktiviti yang sedang dilaksanakan pada masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Opar di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu pada Isnin.

Untuk rekod, sehingga Mei 2025, Premier Sarawak telah meluluskan sejumlah RM1.5 juta geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bagi DUN Opar untuk pelbagai guna.

Antara JKKK, kampung, rumah ibadat serta sekolah yang menerima geran MRP tersebut termasuklah Kampung Temaga Melayu, Kampung Serayan Cina, Kampung Sebigo Dayak, gereja Saint Francis, Sekolah Kebangsaan Raso dan Sekolah Kebangsaan Opar.

Hadir sama Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan