Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas Rimbunan Hijau (RH) Group di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

RH Group bukti kejayaan konglomerat dinamik teroka sektor strategik

ByAkma Salleh

SIBU, 13 Mei: Rimbunan Hijau (RH) Group terus mengukir kejayaan sebagai konglomerat dinamik yang berjaya meneroka pelbagai sektor strategik, sekali gus membuktikan kebolehupayaan syarikat tempatan untuk berkembang ke peringkat global.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata syarikat yang bermula dalam industri pembalakan itu kini telah menempa nama sebagai entiti antarabangsa yang mencipta impak di pelbagai industri.

“Sekitar tahun 70-an kerajaan telah mengenal pasti industri pembalakan sebagai salah satu industri yang boleh mengembangkan ekonomi pada masa itu.

“Ia bukan satu peralihan yang mudah. Kita terpaksa meyakinkan diri sendiri bahawa aktiviti pembalakan mesti dilakukan secara tersusun.

“(Dan) seterusnya lahirlah konsep pembalakan secara lestari… Salah satu syarikat yang menghadapi cabaran ini dan terlibat dalam spektrum baharu industri pembalakan adalah Rimbunan Hijau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas Rimbunan Hijau (RH) Group sempena ulang tahun ke-50 syarikat itu, yang diadakan di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), di sini pada malam Selasa.

Menurut Abang Johari, kejayaan RH Group tidak terhenti di sektor huluan, malah terus berkembang ke industri hiliran seperti eksport papan lapis (plywood), menjadikannya antara pelopor dalam nilai tambah sektor kayu tempatan.

“Saya merupakan Menteri Pembangunan Perindustrian pada tahun 1987, dan saya berpeluang melihat bagaimana Rimbunan Hijau berkembang sejak dari masa itu.

“Kita harus memberi pujian kepada Rimbunan Hijau kerana menyahut cabaran dan membawa era baharu kepada industri pembalakan,” tambah beliau.

Premier turut menegaskan bahawa transformasi syarikat seperti RH Group seharusnya dijadikan inspirasi untuk mempelbagaikan operasi serta menjadikan inovasi dan daya saing sebagai tunjang pertumbuhan mampan.—TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan