Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi ketika melawat Pejabat RADDA di Sarikei

RDA pastikan pembangunan teratur

ByMahathir Haroun

SARIKEI, 13 Mei: Pembentukan sembilan Agensi Pembangunan Wilayah (RDA) di seluruh Sarawak sebagai usaha memastikan proses pembangunan teratur di seluruh wilayah ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuklah pembangunan di Sarikei dan Mukah yang diletakkan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

“RDA berperanan untuk memastikan Sarawak dapat dibangunkan dengan seragam menjelang 2030.

“Ini kerana Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyasarkan Sarawak sebagai wilayah maju menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat dan mendengar taklimat di Pejabat RADDA yang terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, pembentukan RDA dapat membantu membangunkan kawasan luar bandar secara lebih teratur.

“Ia merupakan pendekatan terbaik daripada Premier untuk memastikan setiap kawasan sama ada di bandar atau luar bandar akan menerima limpahan pembangunan,” ujarnya.

Bermula Mac lepas katanya, sebuah jawatankuasa khas dikenali sebagai Jawatankuasa Penyelaras RDA (RDACC) diwujudkan dengan dianggotai pengurus dan pegawai tadbir khas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan