Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Raub menunjukkan sebahagian arak yang yang dirampas dalam serbuan pada Rabu lepas. Foto, TVS.

Polis rampas arak tidak bercukai, kenderaan babitkan nilai lebih setengah juta

ByTVS

JOHOR BAHRU 13 Mei: Kegiatan seorang peniaga mengambil arak tidak bercukai di kawasan bebas cukai di Forest City, Iskandar Puteri untuk dijual kepada kedai runcit berakhir selepas aktiviti itu dikesan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner (ACP) Raub Selamat berkata, suspek mengedar arak tersebut menggunakan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menjualnya kepada pelanggan tetap dengan keuntungan sekali ganda.

Jelas beliau, kegiatan lelaki itu berjaya dikesan menerusi serbuan dilakukan di stor penyimpanan di Taman Mount Austin di sini pada Rabu lalu.

“Sepasukan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan Cawangan Risik Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Bukit Aman melakukan serbuan itu pada pukul 10.30 pagi.

“Kita turut menahan seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun yang juga peniaga,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan di rumah dan dua kenderaan jenis MPV yang dirampas menemukan sejumlah besar minuman keras disyaki tidak bercukai kastam.

Jelasnya, kedua-dua MPV itu menggunakan nombor pendaftaran palsu.

“Jumlah keseluruhan rampasan melibatkan 185 katon dengan 27 jenis pelbagai jenis arak dalam tin dan botol yang disembunyikan dalam stor tersebut serta MPV berkenaan dianggarkan bernilai RM316,595.87.

“Kedua-dua kenderaan ini yang disewa dan milik sendiri disyaki digunakan untuk tujuan pengedaran dan penyamaran. Jumlah rampasan arak dan dua kenderaan tersebut bernilai RM511,595,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki atau menyimpan barang larangan tanpa kebenaran dan Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 menggunakan nombor pendaftaran palsu. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan