Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertandingan peragaan pakaian tradisional kanak-kanak dapat memperkenalkan kepelbagaian budayan dan warisan negeri Sarawak kepada masyarakat umum. Foto UKAS

Pertandingan peragaan pakaian tradisional kanak-Kanak pamer budaya, warisan Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 13 Mei: Pertandingan peragaan pakaian tradisional kanak-kanak disifatkan sebagai antara platform terbaik untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya dan warisan negeri Sarawak kepada masyarakat.

Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, berkata acara seperti ini dapat menyemai semangat cinta akan budaya dalam kalangan anak-anak sejak usia muda, agar mereka membesar dengan rasa bangga terhadap identiti Sarawak yang majmuk dan harmoni.

“Saya difahamkan bahawa anak-anak ini dibimbing oleh ibu bapa mereka sendiri. Ini amat menggembirakan kerana ia menunjukkan perpaduan antara generasi, di mana nilai budaya tidak hanya diwarisi, tetapi juga dihargai dan diraikan bersama.

“Di Sarawak, kita bangga kerana hidup dalam suasana harmoni dan perpaduan antara kaum dan agama. Kita tidak hanya menerima kepelbagaian budaya, kita meraikannya dengan penuh rasa hormat dan bangga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis “Little Ms & Mr Cultural 2025” sempena Sambutan Gawai Dayak di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong usaha yang bertujuan memartabatkan seni, budaya dan warisan, sama ada melalui program akar umbi, sekolah, NGO atau komuniti tempatan.

Acara seperti ini sejajar dengan visi kerajaan dalam memupuk identiti Sarawak yang berteraskan keunikan budaya pelbagai kaum.

“Acara seperti “Little Ms & Mr Cultural 2025” bukan sekadar pertandingan kostum. Ia adalah platform penting untuk memupuk keyakinan diri, keberanian berinteraksi, dan semangat cintakan budaya dalam kalangan generasi muda.

Dalam dunia yang semakin kompleks ini, kita tidak boleh hanya menekankan kejayaan akademik semata-mata. Kita juga perlu memberi ruang kepada anak-anak untuk berkembang dari segi emosi, sosial, dan sahsiah diri,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, melalui aktiviti seperti ini, kanak-kanak belajar untuk berdiri di hadapan khalayak, berkomunikasi, dan membina jati diri dan ini semua adalah kemahiran hidup yang tidak ternilai.

Pertandingan yang sihat seperti ini juga dapat melatih anak-anak menghadapi tekanan secara positif, menerima keputusan dengan terbuka, dan belajar daripada pengalaman, ini ialah sesuatu yang amat berguna dalam kehidupan mereka kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan