Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Pengurusan fasiliti profesional tonggak kelestarian infrastruktur

ByMadeline Dugat

KUCHING, 13 Mei: Kerajaan Sarawak menegaskan komitmennya untuk memastikan kelestarian infrastruktur di negeri ini tidak hanya terhad kepada fasa pembinaan semata-mata.

Sebaliknya diteruskan sepanjang keseluruhan kitaran hayat bangunan menerusi pendekatan pengurusan fasiliti (Facility Management – FM) yang lebih profesional dan menyeluruh.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, keperluan untuk mengubah pendekatan pembangunan infrastruktur kini semakin mendesak, khususnya dalam konteks penjagaan, penyelenggaraan dan mengoptimumkan bangunan sedia ada secara mampan.

“Kita mesti memecahkan kebiasaan amalan pembinaan baharu secara berterusan tanpa memberi perhatian yang sewajarnya kepada fasiliti-fasiliti sedia ada.

“Dengan lebih 4,000 kuarters kerajaan telah dibina dan 3,000 lagi dalam pembinaan, pengurusan fasiliti yang berkesan adalah kritikal untuk menjamin keberlangsungan serta nilai pelaburan jangka panjang,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak melihat FM bukan sekadar proses penyelenggaraan, tetapi sebagai komponen strategik dalam mencapai matlamat kelestarian infrastruktur dan kecekapan operasi sejajar dengan prinsip pembangunan mampan.

Bagaimanapun, Abang Johari turut melahirkan kebimbangan terhadap jumlah kontraktor FM yang masih rendah di Sarawak.

Katanya, jumlah yang direkodkan hanya 17 daripada lebih 468 kontraktor FM berdaftar di seluruh Malaysia, satu angka yang dilihat jauh daripada memenuhi keperluan sebenar negeri ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru lebih banyak penyertaan dan pelaburan dalam sektor pengurusan fasiliti agar Sarawak tidak hanya menjadi peneraju dalam pembinaan mampan, tetapi juga dalam penjagaan aset awam secara strategik dan efisien.

ICW Borneo 2025 yang bertemakan “Pembinaan Inovatif untuk Masa Depan Mampan” turut mengetengahkan pelbagai inisiatif seperti pembangunan ladang solar terapung di Empangan Batang Ai.

Antara lain, ICW Borneo turut menjadi platform penting menghimpunkan lebih 200 peserta dari seluruh ASEAN, termasuk pemimpin industri, inovator dan pembuat dasar dalam bidang pembinaan mampan.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan