Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Saifuddin Nasution bercakap dalam sidang media di Putrajaya selepas hadir selepas Perhimpunan Bulanan KDN. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

Pengguna dadah menurun 10.5 peratus pada suku pertama 2025

ByHafeezzur Muzamir

PUTRAJAYA, 13 Mei: Jumlah pengguna dadah di seluruh negara menurun kira-kira 10.5 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, data daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyaksikan sebanyak 60,000 penagih baharu direkodkan daripada jumlah keseluruhan 108,000 kes setakat Mac 2025.

Kata beliau, ia sekali gus mencatatkan penurunan ketara berbanding 121,000 kes baharu yang direkodkan pada suku pertama 2024.

“Ini adalah hasil daripada penutupan pintu masuk sempadan haramn atau jalan tikus yang merupakan saluran utama kemasukan dadah.

“Seperti anda semua sedia maklum, kami (KDN) melancarkan kempen penguatkuasaan dan memperhebatkan program kesedaran kerana data menunjukkan empat negeri berhampiran sempadan iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis merupakan penyumbang terbesar angka itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perhimpunan Bulanan KDN di Dewan Setia Perkasa di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kejayaan menurunkan angka itu turut disumbangkan daripada penggunaan teknologi data.

Sehubungan itu, katanya, KDN akan menjalinkan kerjasama rentas agensi termasuk bersama Pusat Geospatial Negara dalam usaha memetakan kawasan berisiko serta melaksanakan tindakan pencegahan yang lebih bersasar.

Saifuddin menambah, model ramalan (predictive modelling) yang dibangunkan kini juga membolehkan KDN dan AADK menjangka kawasan-kawasan yang berpotensi berlakunya peningkatan kes penyalahgunaan dadah, sekali gus membolehkan tindakan awal dan perancangan mitigasi dilakukan dengan lebih efisien. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan