Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Paus Leo XIV Foto AFP

Paus Leo XIV seru media galakkan keamanan

ByBernama

ATHENS, 13 Mei: Paus Leo XIV pada Isnin menyeru pengamal media agar mempromosikan keamanan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam pertemuan bersama pengamal media di Rom, beliau menggesa agar mereka menggalakkan komunikasi yang tidak mengejar konsensus secara membuta tuli, tidak menggunakan kata-kata yang agresif, tidak mengikuti budaya persaingan serta tidak memisahkan pencarian kebenaran daripada kasih sayang yang mesti dicari dengan kerendahan hati.

“Kita mesti menolak perang kata-kata dan imej, kita mesti menolak paradigma peperangan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan pesat penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor, Paus menegaskan bahawa potensi besar teknologi itu menuntut “tanggungjawab dan kearifan” agar ia digunakan untuk kebaikan sejagat dan membawa manfaat kepada seluruh manusia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan