Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Waris kepada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam di sini pagi tadi akan menerima bantuan kewangan antara RM58,000 hingga RM269,700. Foto Media sosial

Nahas trak FRU: Waris terima pampasan dan bantuan hingga RM269,700

ByBernama

TELUK INTAN, 13 Mei: Waris kepada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus–Sungai Lampam di sini pagi tadi akan menerima bantuan kewangan antara RM58,000 hingga RM269,700.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata bantuan kewangan berkenaan akan disalurkan secepat mungkin melalui beberapa tabung kebajikan termasuk pampasan insurans.

Ayob Khan berkata waris kepada anggota yang meninggal dunia akan mendapat bantuan kewangan daripada Tabung Kebajikan sebanyak RM1,200, Tabung Amanah Perwira dan Pertahanan Negara (RM25,000) dan skim ex gratia bencana kerja PDRM (RM20,000).

“Waris turut akan menerima sumbangan kewangan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebanyak RM11,000 dan bagi anggota yang mencarum dalam koperasi PDRM akan menerima bantuan khairat kematian (RM1,500) dan pampasan insurans bernilai antara RM36,000 hingga RM211,000 mengikut caruman masing-masing,” katanya.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini, Ayob Khan turut memaklumkan anggota yang cedera pula menerima pampasan dan bantuan kewangan, namun tertakluk kepada penilaian pakar perubatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan