Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam hari ini. Foto Bernama

Nahas FRU: KDN beri jaminan kebajikan keluarga, anggota terlibat dijaga – Saifuddin Nasution

ByBernama

PUTRAJAYA, 13 Mei: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menguruskan segala urusan berkaitan kemalangan maut membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak dengan segera dan menyeluruh.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan berkata ia termasuk siasatan terperinci oleh pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Beliau berkata KDN turut memberi jaminan bahawa kebajikan keluarga dan anggota yang terlibat akan dijaga dengan sewajarnya.

“Kemalangan ini adalah satu insiden tragis dan amat menyayat hati buat saya dan seluruh rakyat Malaysia, melibatkan sebuah lori muatan batu dan sebuah trak FRU yang sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugasan rasmi.

“Semua anggota FRU ini telah menunaikan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan keberanian demi menjaga keselamatan serta ketenteraman awam negara. Pemergian mereka satu kehilangan besar buat negara dan akan sentiasa dikenang sebagai contoh keberanian dan jasa yang tidak ternilai,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata seluruh warga kementerian menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga kesemua anggota yang terlibat khususnya waris sembilan anggota yang terkorban.

“Kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata adalah satu dugaan yang sangat berat dan saya mendoakan agar semua ahli keluarga yang terlibat diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik yang amat mencabar ini.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada serta solihin. Semoga mereka yang masih dirawat diberikan kesembuhan segera,” katanya.

Sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi tadi semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan.

Lapan maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan