Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maritim Malaysia berjaya merampas lebih RM1.8 juta dadah dari tahun 2023 hjngga Mei 2025 Foto Maritim

Maritim Malaysia rampas RM18.5 juta dadah dalam tempoh dua tahun

ByAsmah Adenan

KUCHING, 13 Mei: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas lebih RM18.5 juta dadah pelbagai jenis seberat 95.4 kilogram dalam operasi dari tahun 2023 hingga Mei 2025.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, berkata sindiket penyeludupan dadah dikesan semakin aktif menjadikan perairan negara sebagai laluan utama untuk aktiviti haram tersebut.

“Berdasarkan data operasi dari 2023 hingga Mei 2025, Maritim Malaysia telah berjaya merampas lebih RM18.5 juta dadah seberat 95.4 kilogram pelbagai jenis seperti Methamphetamine, Ganja, Estacy dan Yaba serta 179 liter cecair kimia prekursor dadah sintetik.

“Sekurang-kurangnya 15 individu telah diberkas dan kini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan, sejak penubuhan Maritim Malaysia pada 2005, agensi itu telah melaksanakan pelbagai bentuk rondaan dan operasi di lokasi ‘hotspot’ yang dikenal pasti sebagai laluan aktif sindiket penyeludupan termasuk di sempadan maritim negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah

“Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi Menteri Dalam Negeri yang mahu semua agensi di bawah KDN terus memperkukuh tindakan menyekat penularan jenayah dadah yang telah menular ke dalam masyarakat selama lebih empat dekat,” katanya.

Menurut Mohd Rosli, Maritim Malaysia juga aktif melaksanakan operasi di kawasan komuniti maritim dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terutamanya di perkampungan nelayan yang terdedah kepada ancaman pengedaran dan penagihan dadah.

“Tidak hanya operasi di lau, kami juga ‘turun padang’ ke kampung-kampung nelayan demi memastikan ancaman ini tidak terus merebak kepada generasi muda di kawasan tersebut.

“Selain AADK, Maritim Malaysia turut menjalinkan kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) serta pelbagai agensi lain dalam memperkukuh jaringan risikan dan menjalankan operasi bersepadu secara berterusan bagi mengekang isu tersebut,” katanya lagi. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan