Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki berusia 34 tahun cedera selepas pikap dipandu jatuh ke dalam gaung di Jalan Temalat, Song, malam tadi. Foto JBPM

Lelaki cedera, pikap dipandu jatuh gaung

SONG, 13 Mei: Seorang lelaki berusia 34 tahun cedera selepas pikap dipandu jatuh ke dalam gaung di Jalan Temalat di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 10.40 malam dengan menggerakkan enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song ke lokasi kejadian.

“Setibanya pihak bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah pikap yang terjatuh ke dalam gaung.

“Terdapat seorang mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada operasi penyelamatan dijalankan dan pihak bomba hanya membuat pemantauan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi mendapat rawatan.

“Setelah memastikan keadaan terkawal pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan