Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Huang Tiong Sii menyampaikan sumbangan kepada pelajar SMK St Anthony pada Selasa. Foto TVS

Lebih 11,000 pelajar Sarikei terima manfaat Program Pembangunan Sahsiah

SARIKEI, 13 Mei : Lebih 11,000 pelajar telah mendapat manfaat daripada Program Pembangunan Sahsiah Pelajar yang diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Huang Tiong Sii, sejak tahun 2019.

Program yang bermula di kawasan DUN Repok ini, diperluaskan ke kawasan Meradong pada tahun 2023, bertujuan membantu pelajar dengan menyediakan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam, beg, dan kasut.

Menurut Tiong Sii, yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan ADUN Repok, inisiatif ini mencerminkan komitmennya dalam menjaga kebajikan pelajar dan memberi motivasi kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan dalam keadaan yang lebih selesa.

“Saya berharap sumbangan dapat memberi motivasi dan keyakinan kepada pelajar untuk memulakan sesi persekolahan dalam keadaan yang lebih selesa,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan merupakan salah satu agenda pembangunan utama kerajaan dan menjadi keutamaannya sebagai wakil rakyat.

Pada majlis yang sama, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada warga SMK St. Anthony atas pencapaian cemerlang pelajar Tingkatan Lima dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

“Syabas saya ucapkan kepada pengetua, para guru dan semua pelajar atas kejayaan yang membanggakan.

“Saya berharap seluruh warga sekolah termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lembaga Pengurusan Sekolah dan Persatuan Bekas Pelajar dapat terus bekerjasama serta memberi sokongan penuh kepada kepimpinan sekolah dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan