Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan dekat Ipoh hari ini. Foto JBPM Perak.

Lapan anggota FRU maut kemalangan di Perak

ByTVS

IPOH, 13 Mei: Sekurang-kurangnya lapan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan dekat sini hari ini.

Difahamkan, nahas yang membabitkan sebuah lori membawa muatan batu kerikil dan kenderaan FRU yang membawa 15 anggota tersebut berlaku sekitar pukul 8.30 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya mengesahkan seramai lapan mangsa telah meninggal dunia.

“Operasi menyelamat masih diteruskan oleh pihak bomba.

“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Dr Bakri Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Berita lanjut menyusul. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan